Wednesday, August 3, 2011

Objektif Kadet Polis

Assalamualaikum ...

Objektif kami adalah ...

Objektif Kadet Polis ialah :-

Meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan undang-undang .

Melahirkan insan yang bertanggungjawab terhadap agama , bangsa dan negara dalam hal-hal keselamatan .

Melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani , emosi , rohani dan intelek .

Membentuk masyarakat yang mempunyai hubungan erat antara PDRM dengan orang ramai yang saling memerlukan .



terima kasih kerana membaca post kami n . n

Matlamat Kadet Polis

Assalamualaikum ...
Matlamat kami sebagai seorang Kadet Polis ialah ...

i'm the policeman !

Matlamat penubuhan Kadet Polis PKP adalah untuk membentuk masyarakat khususnya para remaja melalui pelbagai aktiviti bagi meningkatkan disiplin diri , membina semangat bekerjasama dan patriotik di samping memberi pendedahan dan kefahaman tugas-tugas kepolisan dan penguatkuasaan undang-undang adalah untuk kepetingan rakyat .



terima kasih kerana membaca post kami n . n

Perancangan Aktiviti 2011 Kadet Polis

Assalamualaikum ..
Selamat Berbuka Puasa Semua ...

Ahli-ahli Kadet Polis bersama Pn. Tengku Azraq


Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Kadet Polis ialah :-


  Latihan Kawad Kaki 

 Latihan Menembak

 Kem Badan Beruniform

 Lawatan Ke Penjara Kajang 

 Pembarisan sempena Hari Sukan

 Penilaian Ahli Kadet Polis

 Markah Kokurikulum Ahli Kadet Polis


terima kasih kerana membaca post kami n . n

Thursday, July 28, 2011

Sejarah Kadet Polis

Assalamualaikum ...

'' History is not a burden on the memory but an illumination of the soul ''

Sejarah Kadet Polis 

Pasukan Kadet Polis ditubuhkan di setiap sekolah menengah di Malaysia bagi mendisiplinkan pelajar-pelajar agar mencegah perkara-perkara yang negatif.


Idea penubuhan kadet polis ini telah dicetuskan oleh Ketua Polis Negara yang kedua, Allahyarham Tun Mohamed Salleh Bin Ismail ketika merasmikan pelancaran Pasukan Kadet Polis pada 2 Mac 1970. Allahyarham dalam ucapannya berbunyi:

" The overall objektif is to make the cadet a responsible citizen of the future. He must yield a strong and healthy influence among his colleagues, friends and family so that in the yeasr ahead, there will he a new breed, of enlightened good citizens contributing to nation building ".

Maksudnya: Objektif keseluruhan adalah untuk menjadikan kadet polis ini warganegara yang bertanggungjawab di masa hadapan. Hasil yang wajib satu pengaruh di kalangan rakan-rakan sekerjanya, kawan-kawan dan keluarga pada tahun yang mendatang, akan adanya satu baka barunya, warganegara yang baik menyedarkan menyumbang untuk pembangunan bangsa.

TUJUAN PENUBUHAN

 Bertujuan melahirkan insan yang bertanggungjawwab, berdisiplin, dan berpelajaran.

Membentuk tulang belakang dalam pembangunan negara semua aspek baik

ekonomi, politik dan perbaharuan.

Menjadikan insan yang bertanggungjawab,berpelajaran, dan berdisiplin.



terima kasih kerana membaca post kami n . n

Lagu Kadet Polis

Assalamualaikum ...



Lagu Kadet Polis 

Menyahut seruan negaraku

Negara yang tercinta

Kami bersatu bergerak maju

Berkhidmat kepada semua

Pasukan Kadet Polis Diraja

Membuktikan jasanya

Taat setia menurut arahan

Walau diri terkorban

Satu wawasan satu tujuan

Aman sentosa untuk semua

Tidak kenal putus asa

Sentiasa berusaha

Sejahtera bangsaku Malaysia

Serumpun bangsa mulia

Tegas menegakkan keadilan

Hingga zaman berzaman

terima kasih kerana membaca post kami n . n

Ikrar Kadet Polis

Assalamualaikum ...



Ikrar Kadet Polis :

BAHAWA KAMI

SEBAGAI AHLI PASUKAN KADET POLIS

POLIS DIRAJA MALAYSIA

BERIKRAR

TAAT DAN SETIA

KEPADA RAJA DAN NEGARA

PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG

KOD ETIKA

SERTA PUCUK PIMPINAN

POLIS DIRAJA MALAYSIA

terima kasih kerana membaca post kami n . n

Uniform Lengkap ' Bush Jacket ' dan 'T-Shirt' Kadet Polis


Assalamualaikum...





BAJU
Baju kemeja potongan polis biasa berlengan pendek atau panjang. Pegawai berpangkat Sarjan Mejar ke atas boleh memakai 'bush jacket' sebagai pilihan. Bagi anggota Kadet Wanita memakai 'bush jacket' berlengan panjang.

SELUAR
Seluar panjang.

BERET POLIS 
Semua ahli Pasukan Kadet dikehendaki memakai beret sebagai penutup kepala.

LENCANA POLIS 
Lencana Polis Diraja Malaysia hendaklah dipakai pada beret, dengan dilapik dengan pelapik biru (turquoise).

LENCANA BAHU 
Lencana bahu kain yang bertulis 'KADET POLIS' hendaklah dipakai 3 cm pada bahu di kanan dan kiri.

TALI PINGGANG
Tali pinggang nilon berwarna kuning kaki. Kepala tali pinggang berlambangkan Polis Diraja Malaysia.

BUTANG BAJU 
Butang plastik berukuran sedang berwarna baju bagi APR/anggota dan butang logam bagi pegawai kanan.

KASUT
Kasut berwarna hitam.

WISEL 
Sama seperti bentuk wisel polis.

SARUNG KAKI 
Sarung kaki nilon berwarna hitam.

APULET
Pegawai Kanan memakai apulet berwarna biru/hitam.

LENCANA KOLAR
Dipakai di hujung kolar baju kanan dan kiri bagi semua pegawai anggota kadet.

LENCANA PANGKAT 
Bagi pegawai kanan, struktur dan bentuk adalah sama dengan Pegawai Kanan Polis biasa. Bagi pegawai Pangkat Rendah mengikut ukuran yang telah ditetapkan dan dipakai di kanan dan kiri lidah bahu baju.

LENCANA SEKOLAH 
Lencana sekolah hendaklah dipakai di tengah-tengah poket sebelah kiri baju.

TANDA NAMA 
Tanda nama berwarna hitam berukuran 2 sm x 7 sm hendaklah dipakai di atas poket sebelah kanan baju.

 TALI LEHER 
Tali leher PDRM berlajur berwarna biru tua hendaklah dipakai semasa perbarisan rasmi dan perbarisan perkhemahan tahunan. Permakaiannya sebagaimana yang telah ditetapkan.

 WARNA PAKAIAN SERAGAM 
Baju-biru muda
Seluar-panjang kaki kuning



                                                   
terima kasih kerana membaca post kami n . n